YMG datang lagi...

25.11.11

YMG datang lagi...



TAWAU. Program Bulanan Belia ataupun lebih dikenali sebagai Youth Monthly Gathering oleh para belia di paroki Holy Trinity Tawau pada kali ini memilih “Christ’s Mother and Ours” sebagai tema mereka. Perkumpulan kali ke 4 ini telah diadakan pada 23 Oktober yang lalu di Dewan Paroki dan dianggarkan seramai 80 - 100 orang muda mudi yang menyertai program ini setiap bulan.





Objektif asal perkumpulan belia ini adalah untuk mengumpulkan semua belia dalam lingkungan 12 tahun dan ke atas untuk mengeratkan hubungan sesama dan bersama-sama bertumbuh dalam iman serta berkongsi pengetahuan terutamanya tentang iman dan ajaran gereja.

Tim Kerasulan Belia Paroki (KBP) sedar akan pentingnya perkumpulan ini diteruskan dan diadakan setiap bulan agar perhubungan di kalangan mereka dapat diperkukuhkan dan berjalan bersama dalam pertumbuhan iman. Dalam masa yang sama, paderi, sisters, ibu bapa dan pemimpin-pemimpin gereja yang lain juga boleh berinteraksi secara langsung dengan mereka dan mengenali siapakah mereka melalui perkumpulan ini.



Sempena bulan rosari, tema pada kali ini mengajar tentang siapakah Maria yang dianggap Bonda Allah dan peranannya serta mengapakah kita berdoa kepadanya. Pemahaman tentang rosari dan bagaimana cara berdoa rosari juga turut diterangkan oleh Sr Marysia fsic




Selepas sesi input, aktiviti diteruskan dengan permainan “passing the glass” yang menentukan peserta yang akan menjawab soalan tentang 20 peristiwa-peristiwa dalam doa rosari. Kegembiraan jelas dilihat pada wajah belia-belia yang hadir pada hari tersebut setelah menerima cenderahati iaitu rantai rosari dari tim KBP.

Seterusnya, mereka memanjatkan doa permohonan dan doa spontan dan diakhiri dengan jamuan ringkas di kantin gereja. Mereka akan berjumpa lagi pada YMG bulan hadapan!


Sumber adalah dari : http://newsupdatedospo.blogspot.com/2011/11/ymg-datang-lagi.html

Read more...

3 Jenis Manusia menurut pandangan ALKITAB

7.10.11

Setiap hari boleh menjadi suatu pengalaman yang seronok dan penuh kebahagiaan bagi orang Kristian yang telah mengalami realiti hidup yang dipenuhi oleh Roh Kudus dan yang mahu hidup terus-menerus di bawah pimpinan anugerah-Nya.



Alkitab menyatakan kepada kita bahawa ada tiga jenis manusia, iaitu:
1. Orang Duniawi (orang yang belum menerima Kristus)
"Tetapi manusia duniawi tidak menerima apa yang berasal daripada Roh Kudus, kerana hal itu baginya adalah suatu kebodohan; dan ia tidak dapat memahaminya, sebab hal itu hanya dapat dinilai secara rohani."
I Korintus 2:14

Orang yang dikuasai oleh diri sendiri
Si Aku bertakhta dalam hidup
Kristus di luar hidup seseorang
Semua keinginan dikuasai oleh diri sendiri, berakhir dengan kekacauan dan kekecewaan

2. Orang Kristian Rohani (orang yang telah menerima Kristus dan yang mahu dipimpin oleh Roh Kudus)
"Tetapi manusia rohani menilai segala sesuatu, tetapi ia sendiri tidak dinilai oleh orang lain." I Korintus 2:15

Orang yang dikuasai oleh Kristus
Kristus bertakhta dalam hidup
Si Aku turun dari takhta dan menyerah kepada Kristus
Semua keinginan dikuasai oleh Tuhan dan menghasilkan keserasian sesuai dengan rancangan Tuhan
3. Orang Kristian Duniawi (orang yang telah menerima Kristus, tetapi hidup dalam kekalahan kerana bersandar kepada kekuatannya sendiri untuk menjalani hidup sebagai seorang Kristian)

"Dan aku, saudara-saudara, pada waktu itu tidak dapat bercakap dengan kamu seperti dengan manusia rohani, tetapi hanya dengan manusia duniawi yang belum dewasa dalam Kristus. Susulah yang kuberikan kepadamu bukanlah makanan keras, sebab kamu belum dapat menerimanya. Kerana kamu masih manusia duniwi. Sebab jika di antara kamu ada iri hati dan perselisihan bukankah hal itu menunjukkan bahawa kamu manusia duniawi dan bahawa kamu hidup secara duniawi juga?" 1 Korintus 3:1-3

Orang yang dikuasai oleh diri sendiri
Si Aku bertakhta dalam hidup
Kristus turun takhta
Semua keinginan dikuasai diri sendiri berakhir dengan kekacauan dan putus asa
Yang manakah di antara ketiga-tiga jenis manusia itu menggambarkan hidup anda? Apakah anda ingin menjadi seorang Kristian rohani yang dipenuhi dan dikuasai oleh Roh Kudus sekarang juga?

Berikut ini ada 4 kebenaran dasar yang boleh membantu anda menjadi seorang Kristian rohani yang dipenuhi dan dikuasai oleh Roh Kudus.

1 Tuhan telah menyediakan bagi kita kehidupan Kristian yang berkelimpahan dan yang penuh dengan buah-buah yang baik


Yesus berkata: "Aku datang supaya mereka mempunyai hidup, dan mempunyainya dalam segala kelimpahan." Yohanes 10:10

Akulah pokok anggur dan kamulah cabang-cabangnya. Barangsiapa yang tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab tanpa Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa." Yohanes 15:5

"Tetapi buah Roh ialah: kasih, sukacita, damai-sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemah-lembutan, penguasaan diri. Tidak ada hukum yang menentang hal-hal itu." Galatia 5:22,23

"Tetapi kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan Samaria dan sampai ke hujung bumi." Kisah Para Rasul 1:8

Orang Kristian Rohani
Berikut adalah beberapa ciri rohani yang dihasilkan akibat mempercayai pada Tuhan.

Hidupnya dikuasai oleh Kristus
Rajin bersaksi tentang Kristus
Kehidupan doa yang efektif
Memahami firman Tuhan
Percaya kepada Tuhan
Taat kepada Allah
Kasih
Sukacita
Damai-sejahtera
Kesabaran
Kemurahan
Kebaikan
Kesetiaan
Kelemah-lembutan
Penguasaan diri

Banyak mana ciri-ciri ini tertonjol bergantung kepada banyak mana seseorang Kristian itu menyerah kepada Tuhan dan kepada kematangan Kristiannya. Seseorang yang baru mulai memahami pelayanan Roh Kudud tidak harus berasa kecewa jika dia tidak berbuah seperti orang Kristian yang lebih matang yang telah lama mengenal dan mempraktikkan kebenaran ini.

Apakah sebabnya kebanyakan orang Kristian tidak memiliki hidup yang berkelimpahan dan penuh kebahagiaan itu? Sebab ...

2 Orang Kristian duniawi tidak dapat mengalami hidup yang berkelimpahan dan penuh dengan buah-buah yang baik itu.
Orang Kristian yang bertabiat duniawi itu bersandar kepada kekuatan peribadi
untuk hidup sebagai orang Kristian:

Ia lupa atau tidak tahu tentang kasih, kuasa dan pengampunan Tuhan.
(Roma 5:8-10; Ibrani 10:1-25; 1 Yohanes 1:9; 2 Petrus 1:9; Kisah Para Rasul 1:8)

Ia hidup dalam kehidupan rohani yang maju-mundur.

Ia sukar memahami dirinya sendiri -- ingin berbuat yang benar, tetapi tidak mampu.

Ia gagal memanfaatkan kuasa Roh Kudus untuk hidup sebagai seorang Kristian.
(1 Korintus 3:1-3; Roma 7:15-24; 8:7; Galatia 5:16-18).


Orang Kristian Duniawi
Berikut adalah beberapa ciri yang mungkin dimiliki oleh orang Kristian yang tidak meletakkan kepercayaan penuh kepada Tuhan.

Tidak tahu tentang warisan rohaninya
Tidak percaya
Tidak taat kepada Tuhan
Kehilangan kasih kepada Tuhan dan orang lain
Jarang berdoa
Tiada keinginan untuk menelaah Alkitab Sifat legalistik
Memikirkan hal-hal yang kotor
Cemburu
Cemas dan bimbang
Suka mengkritik
Kecewa
Mudah putus asa
Ketidaktentuan
Orang Kristian yang memiliki ciri-ciri sedemikian itu hendaknya mengerti bahwa ia mungkin belum menjadi orang Kristian yang sungguh-sungguh dan menyedari apa yang dikatakan di dalam 1 Yohanes 2:3; 3:6,9; Efesus 5:5. Klik di sini untuk menemukan bagaimana anda boleh yakin bahawa anda seorang Kristian.

Kebenaran dasar yang ketiga memberikan kita jalan keluar dari persoalan ini...

3 Tuhan Yesus telah menjanjikan kehidupan yang berkelimpahan dan yang penuh dengan buah-buah yang baik itu sebagai hasil daripada hidup yang dipenuhi oleh Roh Kudus.
Kehidupan yang dipenuhi oleh Roh Kudus adalah kehidupan yang dipimpin dan dikuasai oleh Kristus, di mana Kristus hidup di dalam dan melalui hidup seseorang dengan kuasa Roh Kudus.(Yohanes 15).


Seseorang menjadi orang Kristian oleh sebab pekerjaan Roh Kudus, sesuai dengan Yohanes 3:1-8. Sejak detik kelahirannya secara rohani, orang itu telah didiami oleh Roh Kudus setiap masa. (Yohanes 1:12; Kolose 2:9, 10; Yohanes 14:16, 17). Akan tetapi meskipun semua orang Kristian telah didiami oleh Roh Kudus, namun bukan semua orang Kristian dipenuhi (dipimpin dan dikuasai) oleh Roh Kudus.


Roh Kudus adalah sumber kehidupan yang berkelimpahan itu (Yohanes 7:37-39).


Roh Kudus datang untuk mempermuliakan Kristus (Yohanes 16:1-15). Apabila seseorang itu dipenuhi oleh Roh Kudus, dia adalah murid Kristus yang sejati.


Di dalam pesan-Nya yang terakhir sebelum kenaikan-Nya ke syurga, Kristus menjanjikan kuasa Roh Kudus untuk membolehkan kita menjadi saksi-saksi-Nya (Kisah Para Rasul 1:1-9).

Kalau begitu bagaimanakah seseorang dapat dipenuhi oleh Roh Kudus?

4

Kita dipenuhi oleh Roh Kudus dengan iman; hanya dengan iman kita dapat hidup dalam kelimpahan dan mengeluarkan buah-buah yang baik, sebagaimana telah dijanjikan oleh Kristus bagi setiap orang Kristian.
Anda boleh dipenuhi oleh Roh Kudus sekarang juga, jika anda:

Benar-benar rindu untuk dipimpin dan dikuasai oleh Roh Kudus.
(Matius 5:6; Yohanes 7:37-39)


Mengakui segala dosa-dosamu.
Dengan iman, bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda telah memiliki pengampunan dosa -- baik yang dilakukan dahulu, sekarang, mahupun pada masa yang akan datang, kerana Kristus telah menyelesaikannya di atas salib.
(Kolose 2:13-15; I Yohanes 1; 2:1-3; Ibrani 10:1-17).


Menyerahkan semua segi kehidupan kepada Tuhan
(Roma 12:1, 2).


Dengan iman mintalah supaya anda dipenuhi oleh Roh Kudus. Ingatlah kedua-dua hal berikut:

1. Perintah-Nya:
Hendaklah kamu dipenuhi oleh Roh Kudus
"Janganlah kamu mabuk oleh anggur kerana anggur menimbulkan hawa nafsu, tetapi hendaklah kamu penuh dengan Roh." (Efesus 5:18)

2. Janji-Nya:
Tuhan mengabulkan doa kita apabila kita berdoa sesuai dengan kehendak-Nya.
"Dan inilah keberanian percaya kita kepada-Nya, iaitu bahawa Ia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatu kepada-Nya menurut kehendak-Nya. Dan jika kita tahu bahawa Ia mengabulkan apa saja yang kita minta, maka kita juga tahu bahwa kita telah memperoleh segala sesuatu yang telah kita minta kepada-Nya."
(I Yohanes 5:14-15)


Iman dapat dinyatakan melalui doa ......

Read more...

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU DAN LIRIK

18.5.10


Sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Diosis Sandakan ke -3 kalinya, Tim Kerasulan Belia Paroki dengan kerjasama Liturgi Gereja Holy Trinity akan mengadakan
PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU DAN LIRIK bertemakan
“ MELAYANI SESAMA DENGAN CINTA KASIH TUHAN” (SERVE ONE ANOTHER WITH GOD’S LOVE)
pada ketetapan seperti berikut :

TARIKH : 17 JULAI 2010
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN PAROKI GEREJA HOLY TRINITY


Pertandingan ini terbuka kepada semua umat sama ada secara individu atau berkumpulan. Sesiapa yang berminat, sila dapatkan borang penyertaan anda daripada :

Nicoles : 013-5494002
Benjamin : 013-8667701

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Julai 2010.
YURAN PENYERTAAN ADALAH RM3.00 UNTUK PENYERTAAN INDIVIDU DAN RM5.00 UNTUK PENYERTAAN BERKUMPULAN.

Read more...

PENGUTUSAN KBK PELANCARAN LOGO

11.3.10




Logo atau simbol Belia Katolik Keuskupan Sandakan


Salib belia yang membawa erti kepada realiti dunia belia masa kini yang mengalami kesakitan, kekecewaan, letih lesu dan berbeban berat Salib melambangkan pengorbanan Yesus. Luka-luka, titisan darah dan kebangkitan Kristus dari maut telah menyembuhkan belia. Salib membawa erti menyangkal diri untuk bangkit atas sengatan maut. Memandang salib mengenang jantung Yesus yang tertikam. Anugerah ini mengajak belia bersyukur dan memahami maksud misteri Perayaan Ekaristi yang dinstitusikan oleh Kristus.


Merpati putih yang melambang Roh Kudus penghibur atas nama Tuhan Yesus Kristus yang menyertai belia di kala suka dan duka, sakit dan sihat, susah dan senang. Roh Kudus yang berkuasa mentahirkan ketidaklayakan belia. Roh Kebenaran yang bercakap tentang Sabda Yesus yang mengembalikan belia ke jalan dan kebenaran dan kehidupan.


Daun palma yang melambangkan kemenangan dan pembaharuan bakal terjadi. Palma juga membawa pengertian tentang pasukan atau komuniti. Melambangkan belia sebagai tulang belakang Gereja. Warna hijau melambangkan kesuburan, kesegaran dan kekutan. Mengingatkan belia sedang bekerja di ladang Tuhan. Mengingatkan belia bahawa dirinya adalah ranting yang bersumberkan zat dari pokok.


Huruf D.Y.A adalah Belia Katolik Keuskupan Sandakan yang berbilang bangsa dan keturunan mampu bersatu untuk melaksanakan Amanat Agung Kristus. Mereka adalah Komunikator belia iman, pengharapan dan kasih yang mempertahankan dan menerangkan Ajaran Gereja melalui kesaksian hidup dalam Penginjilan, Kekudusan dan Kerasulan. Belia yang merealisasikan aspirasi Keuskupan Sandakan.

Read more...

Pengumuman Gereja 17/01/2010

20.1.10

Pesta Santo Nino De Cebu

Komiti Pastoral filipino akan mengadakan pesta tersebut pada 17 Januari 2010, (ahad). Peata ini akan dimulakan dengan Misa Kudus pada jam 10.30 pagi diikuti dengan makan tengah hari serta persembahan hiburan di dewan paroki. semua umat dijemput mengikuti acara tahunan ini. Kupon RM5.00 boleh didapati dari Lilibeth Lim (0128166971)

Fellowship dan Mesyuarat evaluasi Karoling Rumah ke Rumah 2009

sila ambil perhatian bahawa mesyuarat dan fellowship serta makan malam untuk para Kordinator kawasan, KED dan Ketua Tim Karoling akan diadakan pada 18 Januari (Isnin) di Kantin paroki pada jam 7.00 malam. kehadiran adalah wajib untuk mesyuarat penting ini.

Fotografi Alam semulajadi

Satu ceramah & tayangan slide tentang Fotografi Alam semulajadi oleh seorang jurugambar terkenal akan diadakan pada 27.1.2010 dari jam 8.00 - 9.00 malam. tiada yuran kemasukan dan tempat adalah terhad,. sila berdaftar dengan John @ 0168268664 sebelum 23.01.2010 dan berdasarkan 1st come 1st serve.

Read more...

Buletin gereja - 4 October 2009

8.10.09

Seminar
Satu seminar berhubung dengan perubahan Misa/Liturgi (GIRM) oleh Fr. Paul Lo akan diadakan pada ketetapan berikut:

20th October - Selasa (English)
21st October - Wednesday (Chinese)
22nd October - Thursday (Bahasa Malaysia)
Masa : 7.30 ptg
Tempat : Gereja Holy Trinity, Tawau.


Gotong Royong
Satu gotong royong akan diadakan untuk membersihkan dan menghias kawasan gereja pada 11hb Oktober pada jam 1.00 petang sempena persiapan sambutan Hari Diosis yang bakal diadakan. Sila bawa alat alat pembersihan yang diperlukan.

Census Belia
Tim pelayanan belia sedang mengadakan cencus/bancian belia bermula pada 10 & 11 Oktober di dalam semua Misa hujung minggu. Belia yang berumur 14-40 tahun dijemput untuk mengisi borang yang disediakan. Semua borang boleh didapati di kaunter yang akan disediakan di hadapan gereja.

Read more...

Renungan

25.9.09

Cara menghubungi TUHAN

GodPhoneNumber

Puji TUHAN, anda telah dapat menghubungiNYA setiap saat ! Anda hanya perlu untuk memanggilNYA sekali dan TUHAN mendengar anda. Kerana YESUS, anda tidak akan pernah mendapat nada sibuk.

TUHAN menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi. Ketika anda memanggil dan TUHAN akan menjawab. Anda akan menangis minta tolong dan DIA akan berkata, “Ini AKU”.

Ketika anda memanggil, gunakan nombor telefon tetap di bawah ini:

PERSOALAN

Cara Menghubungi
Saat berduka cita Yohanes 14
Ketika dikecewakan sesama Mazmur 27
Jika anda ingin berbuah Yohanes 15
Ketika anda berdosa Mazmur 51
Ketika anda khuatir Matius 6: 19 34
Ketika anda dalam bahaya Mazmur 91
Ketika TUHAN terasa jauh Mazmur 139
Ketika iman anda perlu dikuatkan Ibrani 11
Ketika anda merasa sendiri dan takut Mazmur 23
Ketika hidup anda dalam kepahitan 1 Korintus 13
Untuk rahsia kebahagiaan Paulus Kolose 3: 12-17
Untuk arti keKristenan 2 Korintus 5: 15-19
Ketika anda merasa kecewa dan ditinggalkan Roma 8: 31-39
Ketika anda menginginkan kedamaian dan ketenangan Matius 11: 25-30
Ketika dunia terlihat lebih besar dari TUHAN Mazmur 90
Ketika anda ingin jaminan kekristianan Roma 8: 1-30
Ketika anda meninggalkan rumah untuk bekerja atau berpergian Mazmur 121
Untuk penemuan / kesempatan besar Yesaya 55
Ketika anda memerlukan keberanian untuk suatu tugas Joshua 1
Supaya dapat bergaul dengan baik terhadap sesama Roma 12
Ketika anda memikirkan kekayaan Markus 10
Saat anda mengalami depresi Mazmur 27
Ketika anda kesulitan kewangan Mazmur 37
Jika anda kehilangan kepercayaan terhadap orang 1 Korintus 13
Jika orang disekitar anda tampak berlaku tidak baik Yohanes 15
Ketika anda putus asa dengan pekerjaan Mazmur 126
Jika anda menemukan bahwa dunia mengecil dan anda merasa besar Mazmur 19


Nombor nombor tersebut dapat langsung dihubungi. Operator tidak diperlukan. Seluruh saluran ke Surga terbuka 24 Jam sehari. Beri daftar telepon ini kepada orang orang di sekeliling kita. Mana tahu, mungkin mereka sedang memerlukannya. Jika diperlukan ajaklah berdoa bersama

Jika anda pengguna HP dapat juga menghubungi = 081 8 50 15 2 2 33 3

081 8 = Mazmur 81 : 8


50 15 = Mazmur 50 : 15


2 2 = Yunus 2 : 2


333 = Yeremia 33:3


sumber dari : Saat Teduh

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP