PENGUTUSAN KBK PELANCARAN LOGO

11.3.10




Logo atau simbol Belia Katolik Keuskupan Sandakan


Salib belia yang membawa erti kepada realiti dunia belia masa kini yang mengalami kesakitan, kekecewaan, letih lesu dan berbeban berat Salib melambangkan pengorbanan Yesus. Luka-luka, titisan darah dan kebangkitan Kristus dari maut telah menyembuhkan belia. Salib membawa erti menyangkal diri untuk bangkit atas sengatan maut. Memandang salib mengenang jantung Yesus yang tertikam. Anugerah ini mengajak belia bersyukur dan memahami maksud misteri Perayaan Ekaristi yang dinstitusikan oleh Kristus.


Merpati putih yang melambang Roh Kudus penghibur atas nama Tuhan Yesus Kristus yang menyertai belia di kala suka dan duka, sakit dan sihat, susah dan senang. Roh Kudus yang berkuasa mentahirkan ketidaklayakan belia. Roh Kebenaran yang bercakap tentang Sabda Yesus yang mengembalikan belia ke jalan dan kebenaran dan kehidupan.


Daun palma yang melambangkan kemenangan dan pembaharuan bakal terjadi. Palma juga membawa pengertian tentang pasukan atau komuniti. Melambangkan belia sebagai tulang belakang Gereja. Warna hijau melambangkan kesuburan, kesegaran dan kekutan. Mengingatkan belia sedang bekerja di ladang Tuhan. Mengingatkan belia bahawa dirinya adalah ranting yang bersumberkan zat dari pokok.


Huruf D.Y.A adalah Belia Katolik Keuskupan Sandakan yang berbilang bangsa dan keturunan mampu bersatu untuk melaksanakan Amanat Agung Kristus. Mereka adalah Komunikator belia iman, pengharapan dan kasih yang mempertahankan dan menerangkan Ajaran Gereja melalui kesaksian hidup dalam Penginjilan, Kekudusan dan Kerasulan. Belia yang merealisasikan aspirasi Keuskupan Sandakan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP