PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU DAN LIRIK

18.5.10


Sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Diosis Sandakan ke -3 kalinya, Tim Kerasulan Belia Paroki dengan kerjasama Liturgi Gereja Holy Trinity akan mengadakan
PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU DAN LIRIK bertemakan
“ MELAYANI SESAMA DENGAN CINTA KASIH TUHAN” (SERVE ONE ANOTHER WITH GOD’S LOVE)
pada ketetapan seperti berikut :

TARIKH : 17 JULAI 2010
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN PAROKI GEREJA HOLY TRINITY


Pertandingan ini terbuka kepada semua umat sama ada secara individu atau berkumpulan. Sesiapa yang berminat, sila dapatkan borang penyertaan anda daripada :

Nicoles : 013-5494002
Benjamin : 013-8667701

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Julai 2010.
YURAN PENYERTAAN ADALAH RM3.00 UNTUK PENYERTAAN INDIVIDU DAN RM5.00 UNTUK PENYERTAAN BERKUMPULAN.

Read more...

PENGUTUSAN KBK PELANCARAN LOGO

11.3.10




Logo atau simbol Belia Katolik Keuskupan Sandakan


Salib belia yang membawa erti kepada realiti dunia belia masa kini yang mengalami kesakitan, kekecewaan, letih lesu dan berbeban berat Salib melambangkan pengorbanan Yesus. Luka-luka, titisan darah dan kebangkitan Kristus dari maut telah menyembuhkan belia. Salib membawa erti menyangkal diri untuk bangkit atas sengatan maut. Memandang salib mengenang jantung Yesus yang tertikam. Anugerah ini mengajak belia bersyukur dan memahami maksud misteri Perayaan Ekaristi yang dinstitusikan oleh Kristus.


Merpati putih yang melambang Roh Kudus penghibur atas nama Tuhan Yesus Kristus yang menyertai belia di kala suka dan duka, sakit dan sihat, susah dan senang. Roh Kudus yang berkuasa mentahirkan ketidaklayakan belia. Roh Kebenaran yang bercakap tentang Sabda Yesus yang mengembalikan belia ke jalan dan kebenaran dan kehidupan.


Daun palma yang melambangkan kemenangan dan pembaharuan bakal terjadi. Palma juga membawa pengertian tentang pasukan atau komuniti. Melambangkan belia sebagai tulang belakang Gereja. Warna hijau melambangkan kesuburan, kesegaran dan kekutan. Mengingatkan belia sedang bekerja di ladang Tuhan. Mengingatkan belia bahawa dirinya adalah ranting yang bersumberkan zat dari pokok.


Huruf D.Y.A adalah Belia Katolik Keuskupan Sandakan yang berbilang bangsa dan keturunan mampu bersatu untuk melaksanakan Amanat Agung Kristus. Mereka adalah Komunikator belia iman, pengharapan dan kasih yang mempertahankan dan menerangkan Ajaran Gereja melalui kesaksian hidup dalam Penginjilan, Kekudusan dan Kerasulan. Belia yang merealisasikan aspirasi Keuskupan Sandakan.

Read more...

Pengumuman Gereja 17/01/2010

20.1.10

Pesta Santo Nino De Cebu

Komiti Pastoral filipino akan mengadakan pesta tersebut pada 17 Januari 2010, (ahad). Peata ini akan dimulakan dengan Misa Kudus pada jam 10.30 pagi diikuti dengan makan tengah hari serta persembahan hiburan di dewan paroki. semua umat dijemput mengikuti acara tahunan ini. Kupon RM5.00 boleh didapati dari Lilibeth Lim (0128166971)

Fellowship dan Mesyuarat evaluasi Karoling Rumah ke Rumah 2009

sila ambil perhatian bahawa mesyuarat dan fellowship serta makan malam untuk para Kordinator kawasan, KED dan Ketua Tim Karoling akan diadakan pada 18 Januari (Isnin) di Kantin paroki pada jam 7.00 malam. kehadiran adalah wajib untuk mesyuarat penting ini.

Fotografi Alam semulajadi

Satu ceramah & tayangan slide tentang Fotografi Alam semulajadi oleh seorang jurugambar terkenal akan diadakan pada 27.1.2010 dari jam 8.00 - 9.00 malam. tiada yuran kemasukan dan tempat adalah terhad,. sila berdaftar dengan John @ 0168268664 sebelum 23.01.2010 dan berdasarkan 1st come 1st serve.

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP